Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, telah menyatakan bahawa masa depannya kekal bersama juara Eropah itu dan mahu memenangi lebih banyak gelaran bersama kelab tersebut.
Pemenang Ballon d'Or empat kali itu telah dikhabarkan akan meninggalkan Santiago Bernabeu dengan Paris Saint-Germain (PSG) dipercayai berminat mendapatkan khidmatnya.
Ronaldo mengetuai skuad bimbingan Zinedine Zidane untuk mejulang empat trofi musim lalu, termasuk gelaran Liga Juara-Juara (UCL) dan LaLiga yang kali terakhir dimenangi pada 2012.
Pemain berusia 32 tahun itu, yang masih memiliki kontrak sehingga 2021, menjelaskan keinginannya untuk terus melakar kejayaan bersama Los Blancos.
"Kejayaan yang diraih bersama pasukan saya adalah sesuatu yang menakjubkan, sama seperti gelaran individu," kata Ronaldo.
"Anda perlu bekerja keras, tahun demi tahun dan saya akan meneruskan perkara itu. Bola sepak adalah hidup saya."
Ronaldo dijangka bakal memenangi Ballon d'Or buat kali kelima untuk menyamai kejayaan yang dicipta oleh bintang Barcelona, Lionel Messi.

Cristiano Ronaldo Vs Juventus UHD 4k (03-06-2017) from juventismo on Vimeo.