Cristiano Ronaldo menjadi pemain pertama menjaringkan 100 gol untuk satu-satu pasukan dalam Liga Juara-Juara Eropah dengan ledakan babak pertama berdepan Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi tadi.
Pemain berusia 33 tahun itu menyudahkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-45 untuk mengimbangi kedudukan 1-1 sebelum Madrid menang 3-1 dalam aksi pertama pusingan 16 di Santiago Bernabeu.
Ronaldo, yang mengumpul keseluruhan 115 gol dalam pertandingan utama di Eropah, adalah satu-satunya pemain yang menghimpun 100 gol untuk sebuah pasukan dalam sejarah kejohanan itu.
Bintang Barcelona, Lionel Messi, paling hampir dengan koleksi itu -- bintang Argentina berkenaan memiliki 97 gol untuk skuad Catalan.
Ronaldo memperoleh 20 gol daripada 12 perlawanan terakhirnya dalam kejohanan itu dan melakukan jaringan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap perlawanan musim ini.
Dia juga menjaringkan sekurang-kurangnya 10 gol dalam tujuh kempen berturut-turut Liga Juara-Juara.