Cristiano Ronaldo "sangat seronok" di Real Madrid dan juara LaLiga itu begitu gembira dengan penyerang bintang mereka, menurut Fernando Morientes.
Ronaldo, 32, dikaitkan dengan perpindahan mengejut dari Madrid sambil Paris Saint-Germain (PSG) dan bekas kelab, Manchester United, dilaporkan berminat terhadapnya.
Tetapi pengurus United, Jose Mourinho, berkata semalam pasukannya tidak pernah mempertimbangkan untuk membawa masuk Ronaldo dengan menganggap ia "misi mustahil".
Morientes, yang memenangi tiga trofi Liga Juara-Juara dan dua gelaran LaLiga di Madrid, tidak dapat menafikan Ronaldo akan kekal bersama juara Eropah itu.
"Saya tidak pernah dengar Ronaldo mengatakan dia mahu pergi," katanya.
"Saya sudah tahu bagaimana... Pada akhir setiap musim, terdapat banyak khabar angin dan keraguan terhadap pemain-pemain besar. Ronaldo adalah salah seorang daripada mereka.
"Saya tenang kerana dia tidak bercakap... Pada masa dia bercakap, kita akan lihat.
"Tetapi saya yakin Ronaldo sangat gembira di Madrid, dan Madrid gembira dengan Ronaldo, jadi ia akan menjadi rumit (jika dia keluar)."
Pemenang empat kali Ballon d'Or itu meraih dua gelaran LaLiga dan tiga kejuaraan Liga Juara-juara bersama Madrid.