Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo dijulang Pemain Lelaki Terbaik FIFA

breaking-news-ronaldo-crowned-the-best-fifa-men-s-player.jpg
Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai pemenang sulung Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016. 

Penggempur Real Madrid itu diumumkan selaku pemenang dalam majlis yang diadakan di Zurich, awal pagi tadi. 

Ronaldo mengetepikan dua pencabara, Lionel Messi dan Antoine Griezmann, untuk merangkul anugerah baru yang diperkenalkan FIFA itu, selepas trio itu disenarai pendek dalam kalangan 23 pemain bintang dunia yang lain. 

Kejayaan itu menambah koleksi Ballon d'Or yang dimenangi pemain berusia 31 tahun itu bulan lalu, iaitu Anugerah Pemain Terbaik keempat dalam kariernya. 

Ronaldo dinamakan selaku pemenang anugerah peribadi itu selepas mengharungi musim yang cemerlang. 

Dia menjaringkan sepakan penalti ketika Madrid menewaskan seteru setempat, Atletico Madrid, dalam penentuan sepakan penalti Liga Juara-Juara dengan mengumpul 16 gol. 

Ronaldo turut meledakkan jaringan hatrik dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab ketika Madrid mengalahkan Kashima Antlers 4-2 dalam masa tambahan selepas berjuang hebat. 

Dia turut memberi sumbangan bersama skuad Portugal apabila melakar kejutan dengan menjuarai Euro 2016 -- trofi sulung buat Portugal -- yang menyaksikan Ronaldo menjaringkan tiga gol sepanjang kejohanan itu sebelum ditimpa kecederaan ketika beraksi dalam perlawanan akhir menentang Perancis. 

Sepanjang 2016, dia merekodkan 55 gol dalam 57 penampilan bersama kelab dan negara. 

Advertisement

Must Watch Video