LATVIA 0 PORTUGAL 3
Jurulatih Portugal, Fernando Santos, berpuas hati dengan kesungguhan dan persembahan bijak anak buahnya dalam kemenangan 3-0 ke atas Latvia dalam aksi kelayakan Piala Dunia, awal pagi tadi.
Cristiano Ronaldo -- yang masih segar dengan kejayaan LaLiga dan Liga Juara-Juara bersama Real Madrid -- mencetuskan inspirasi buat negaranya apabila menyumbat dua gol dan mencipta satu lagi peluang untuk Portugal meraih kemenangan selesa.
Kemenangan itu membantu Portugal menjarakkan diri dengan Switzerland dan memberi persiapan ideal kepada Santos untuk menghadapi Piala Konfederasi.
"Pasukan Portugal ini tahu bagaimana untuk mengatasi kesulitan menerusi tindakan bijak dan kesungguhan," kata Santos kepada RTP.
"Kami sedar mereka akan memberikan kami tekanan dan mengintai serangan balas. Dalam tempoh 20 minit awal permainan, kami cuba menembusi mereka.
"Jaringan pertama sangat mustahak. Pada separuh masa kedua, kami membuat rombakan. Kami beraksi lebih bagus, menggerakkan bola dengan lebih baik dan cepat."
Ronaldo membuka tirai gol sebelum babak pertama berakhir apabila menolak masuk bola dari jarak dekat selepas dua percubaanya dinafikan Andris Vanins.
Bekas pemain Manchester United itu kemudian menambah jaringan selepas sejam permainan berlangsung sebelum mencipta peluang buat Andre Silva, empat minit selepas itu.
Silva, yang mengukuhkan tempat dalam skuad Santos selepas mengharungi kempen hebat bersama Porto, mendakwa kehadiran Ronaldo membuatkan jentera serangan Portugal menjadi mudah.
"Di atas padang, kami memahami antara satu sama lain dan dengan kualiti pemain-pemain yang ada, tugas menjaringkan gol lebih mudah," kata pemain berusia 21 tahun itu.