Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo, Benzema perlukan sokongan penyokong

zidane-urges-madrid-fans-to-stick-with-ronaldo-and-benzema.jpg

Zinedine Zidane menggesa penyokong Real Madrid untuk terus bersabar dan memberi sokongan kepada Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema selepas aksi hambar kedua-dua pemain itu dalam kemenangan 2-1 ke atas Malaga dalam saingan LaLiga.

Selepas mempamerkan aksi sama dalam kekalahan kepada Celta Vigo, Rabu lalu, Ronaldo terlepas beberapa peluang keemasan dengan Benzema turut dikecam penyokong sendiri.

Mengakui dua tonggak serangan Real itu mengalami prestasi naik turun, Zidane menggesa agar penyokong terus memberi sokongan terhadap kedua-dua pemain itu di samping menegaskan krisis kecederaan yang dialami skuad itu adalah lebih membimbangkan.

"Kami bergelut untuk menjaringkan gol dan pihak lawan sering kali berjaya memberi masalah," jelas Zidane. "Kami perlu lebih tenang.

"Penyokong juga perlu bersabar dengan prestasi semasa penyerang. Benzema dan Ronaldo mampu kembali menemui sentuhan mereka, saya tidak bimbang dengan prestasi mereka.

"Apabila kamu bergelut, kamu memerlukan barisan penyokong untuk kekal tenang dan bersabar. Pemain memerlukan sokongan penyokong.

"Saya faham sentimen mereka tetapi kadang-kala selepas beberapa musim  dengan banyak perlawanan dan kecederaan, pemain dan jurulatih memerlukan sokongan daripada penyokong.

"Prestasi semasa Ronaldo dan Benzema bukan satu isu bagi saya, sebaliknya mereka yang mengalami kecederaan."

Tatkala Luka Modric dan Marcelo menjadi mangsa terbaru kecederaan, Madrid menamatkan perlawanan dengan Lucas Vazquez beraksi sebagai bek kanan -- senario yang tidak diterima baik oleh Zidane.

"Lucas bermain dengan baik tetapi saya tidak gemar dia beraksi di posisi itu."

Advertisement

Must Watch Video