Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo, Bale jadi sandaran kebangkitan Madrid

cristianoronaldogarethbale-cropped_18cu7nu8j0ua616ctbn0f78dvo.jpg
Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale akan menjadi tonggak penting untuk mengubah nasib Real Madrid dalam separuh kedua musim ini, kata ketua jurulatih, Zinedine Zidane.

Madrid ketingglaan 19 mata di belakang pesaing dan peneraju LaLiga, Barcelona, sementara Leganes menyingkirkan mereka daripada Copa del Rey minggu lalu.

Bagaimanapun, kemenangan LaLiga berturut-turut ke atas Deportivo La Coruna dan Valencia telah menghasilkan 11 gol, dengan Ronaldo menemui dua jaringan dalam setiap perlawanan selepas berada di bawah tahap kelazimannya pada musim ini. 

"Ia sama seperti biasa, dia sentiasa ada di sana," kata Zidane tentang pemenang lima kali Ballon d'Or itu menjelang aksi menentang Levante, awal pagi nanti.

"Kami sentiasa akan mengharapkan lebih banyak daripada Cristiano kerana dia adalah rujukan untuk pasukan ini.

"Apabila selesai perlawanan, orang selalu mengatakan Cristiano boleh melakukan lebih lagi.

"Saya gembira dengannya dan pemain lain sama. Apabila ada saat-saat sukar, ia sebahagian daripada musim. Kami perlu positif dan akhirnya saya tidak melihat masa lalu.

"Saya melihat perlawanan terakhir yang kami harungi di Valencia. Itu positif dan di Levante, kami mempunyai satu lagi perlawanan bagi menunjukkan bahawa kami mahukan lebih lagi," katanya.

Santiago Bernabeu menerima rangsangan hebat apabila Bale kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan betis. 

Bintang Wales itu turut menjadi pemangkin kemenangan ke atas Deportivo apabila menjaringkan sepasang gol dan Zidane mengakui Bale tidak seperti mana-mana bintang lain.

"Perkara penting adalah konsisten. Dia berada dalam pasukan dan boleh berlatih dengan rakan sepasukannya setiap hari," kata ketua jurulatih itu.

"Paling penting, dia memerlukan rentak perlawanan. Jika dia bermain baik dan pulih dengan baik, dengan segala yang dia dapat bawa ke dalam pasukan, dia adalah pemain berbeza.

"Apabila dia berada dalam prestasi terbaik, dia adalah pemain yang membuat perbezaan. 

"Dia menjaringkan gol baru-baru ini dan kami tahu apabila dia mendapat bola, sesuatu akan berlaku," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video