Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo atasi Messi untuk raih kasut emas

ronaldo-messi-040617.jpg
Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, mengatasi Lionel Messi untuk meraih anugerah kasut emas Liga Juara-Juara Eropah selepas menjaringkan dua gol dalam final menentang Juventus.

Awal pagi tadi, Madrid menewaskan Juve dalam perlawanan yang menyaksikan penyerang Portugal itu membuka tirai jaringan pada minit ke-20 sebelum menambah gol kedua peribadi pada minit ke-64.

Ronaldo berjaya menjaringkan 12 gol keseluruhan dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini, lebih satu gol daripada penyerang Barcelona, Messi, yang terkandas di peringkat suku akhir apabila tewas di tangan Juventus.

Dia kini mencipta rekod sama ada menang atau berkongsi anugerah untuk lima musim berturut-turut serta memperoleh enam anugerah penjaring terbanyak secara keseluruhan.

Messi berada di belakangnya dengan lima kali muncul sebagai pemenang selepas meraih anugerah tersebut berturut-turut sejak tahun 2009 sebelum berkongsi 10 gol bersama Ronaldo dan rakan sepasukan di Barca, Neymar, dalam saingan musim 2014-15.

Ronaldo berada sembilan gol di belakang Messi ketika di peringkat suku akhir, sebelum berjaya menjaringkan lapan gol dalam pertemuan menentang Bayern Munich dan Atletico Madrid.

Casemiro dan Marco Asensio turut mencatatkan nama selaku penjaring gol Real Madrid dalam aksi final di Cardiff itu.

Advertisement

Must Watch Video