Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo akan gugat struktur gaji Bayern -- Hitzfeld

31517cristiano-ronaldo.jpg
Ottmar Hitzfeld mendakwa Bayern Munich sepatutnya sedar bahawa kehadiran Cristiano Ronaldo dalam skuad itu akan mengundang masalah kewangan di Allianz Arena.

Ronaldo sempat dikaitkan dengan gergasi Bundesliga itu selepas tidak gembira dengan isu cukai dengan pihak berkuasa Sepanyol.

Meskipun peluang mengikat Ronaldo akan memainkan peranan menarik dalam permainan mereka, Hitzfeld, yang membantu Bayern meraih lima kejuaraan Bundesliga, mendapati ia juga dilihat membawa masalah kepada kesepakatan dalam pasukan. 

Menurutnya kepada t-online.de: "Apabila saya mendengar khabar angin itu, saya tersenyum. Saya gembira dengan idea ini -- biarpun ia tidak realistik. 

"Bagi peminat, ia umpama hadiah Krismas untuk menandatangani Cristiano Ronaldo, namun ia juga senario kekacauan. 

"Dia akan mengganggu struktur gaji dan Bayern akan berdepan isu kewangan dengan pemain-pemain lain.

"Kemudian ejen akan menggunakan situasi itu untuk mendapatkan lebih banyak wang untuk pelanggan mereka. 

"Presiden Bayern, Uli Hoeness, tidak akan mengambil risiko berkenaan."

Dalam pada itu, Hitzfeld mengalu-alukan kehadiran penggempur Arsenal, Alexis Sanchez. 

Katanya lagi: "Mungkin anda boleh berbuat sesuatu untuk membentuk ancaman serangan. 

"Jangan lupa, Bayern sudah memiliki pemain hebat di bahagian serangan seperti Arjen Robben, Franck Ribery, Thomas Muller, Thiago dan Robert Lewandowski.

"Mereka perlu berbelanja besar untuk mendapatkan Sanchez. Adakah mendapatkan seorang lagi pemain dalam kategori itu berbaloi?"


 

Advertisement

Must Watch Video