Claudio Ranieri dinamakan sebagai pengurus baru Roma sehingga akhir musim ini.
Pengurus berusia 67 tahun itu memuktamadkan perjanjian berkenaan sejurus tiba di ibu negara Itali itu semalam.
Ranieri akan memangku tugas yang ditinggalkan Eusebio Di Francesco yang dipecat selepas Roma tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) di tangan Porto, minggu ini.
"Kami gembira untuk mengalu-alukan Claudio Ranieri kembali ke kelab ini," kata Presiden Roma, James Pallotta, di laman sesawang kelab itu.
"Kami masih mempunyai satu lagi objektif bagi baki musim ini, iaitu menamatkan saingan di kedudukan terbaik dan layak ke saingan UCL.
"Dalam fasa ini, adalah penting untuk membawa masuk seorang pengurus yang tahu selok-belok kelab ini, memahami keadaan sekeliling, boleh bertutur bahasa Itali dan mampu memotivasikan pemain. Claudio memenuhi kesemua aspek itu dan dia sangat teruja untuk menyahut cabaran ini."
Ranieri pernah mengemudi Roma di antara musim 2009 dan 2011 dan membawa mereka ke tempat kedua Serie A dan final Coppa Italia 2010.
Pemenang Liga Perdana Inggeris bersama Leicester City itu dipecat kelab England ke-19nya, Fulham, bulan lalu.
"Saya gembira dapat pulang ke kampung halaman sendiri," katanya. "Apabila Roma memanggil anda, mustahil untuk mengatakan 'tidak'."
Pengarah Roma, Francesco Totti, menambah: "Claudio berasal dari bandar ini, dia merupakan peminat Roma, malah lebih daripada itu. Dia adalah salah seorang pengurus paling berpengalaman dalam bola sepak dunia.
"Apa yang kami perlukan ketika ini adalah sepasang tangan yang selamat untuk membimbing kami kembali ke tangga teratas dan memastikan kami beraksi dalam UCL musim depan. Kami mempunyai 12 perlawanan lagi dan kami perlu memenangi sebanyak mungkin perlawanan."
Aksi pertama membabitkan Ranieri dalam kempen Serie A ialah menentang Empoli di tempat sendiri, Selasa depan.