James Rodriguez mendedahkan dia bersedia untuk menyertai Bayern Munich secara tetap selepas mengharungi semusim bersama juara Bundesliga itu.
Real meminjamkan Rodriguez kepada Bayern selama dua musim tetapi penyandang Liga Juara-Juara (UCL) itu telah dilaporkan mahu membawa pulang bintang Colombia itu ke Santiago Bernabeu.
Rodriguez meluahkan kegembiraannya beraksi bersama Bayern -- yang memilik pilihan untuk membeli pemain Colombia itu -- dan pemain berusia 27 tahun sedia untuk menjadi pemain tetap The Bavarians.
"Saya dapat berasakan masa depan saya adalah bersama kelab ini. Saya sangat gembira di sini.
"Bayern adalah kelab gergasi dan sentiasa memberikan cabaran di pentas Eropah.
"Saya gembira di sini dan mengapa perlu menolak untuk beraksi bersama kelab ini dalam beberapa tahun lagi? Saya berasakan ia adalah pilihan yang tepat buat saya," katanya.
Rodriguez beraksi 39 perlawanan dalam semua kejohanan untuk Bayern musim ini di samping meledak lapan gol dan 15 bantuan jaringan.