Pertahanan PKNS FC, Rodney Elvin Akwinsivie, berharap salah faham di antaranya dan bekas majikan, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), dapat diselesaikan dengan baik bagi membolehkannya mendapat sijil perpindahan negeri (SPN).
Tanpa sijil tersebut, Rodney tidak boleh beraksi buat PKNS dalam saingan musim ini dan ketika ditemui, dia mengakui kesilapannya yang menyebabkan keretakan hubunganmya dengan FAS apabila tidak menghormati perjanjian persefahaman yang ditandatanganinya bersama persatuan itu, sebelum ini.
"Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada FAS kerana melanggar perjanjian tempoh hari dan saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang buat saya untuk beraksi sejak 2014 sehingga 2017.
"Saya berpindah kerana ingin meningkatkan karier untuk kebaikan masa akan datang," ujar Rodney.
Pemain berusia 21 tahun itu berharap agar FAS dapat mempertimbangkan SPN buatnya bagi
membolehkan dia meneruskan kerjaya bersama PKNS bagi musim 2018.
Sementara itu, Setiausaha PKNS FC, Mohd Adi Harmizi Ariffin, turut berharap isu di antara Rodney dan FAS dapat diselesaikan dengan baik dalam masa terdekat.
"Perkara ini wajar buat kedua-dua pihak berlapang dada untuk menyelesaikannya segera. Kami berharap agar FAS dapat mengeluarkan SPN buat Rodney demi kemajuan kerjayanya sebagai pemain profesional.
"Pihak PKNS amat berterima kasih kepada FAS di atas kerjasama yang diberikan selama ini," kata Harmizi.