Brendan Rodgers terpaksa "mengetepikan emosi" ketika meninggalkan Celtic untuk kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris bersama Leicester City.
Rodgers mengetepikan peluang daripada menyempurnakan gelaran 'treble' domestik di Scotland untuk berhijrah ke Stadium King Power selepas Claude Puel dipecat minggu lalu.
Bekas pengendali Liverpool dan Swansea City itu kini berpeluang untuk menempah nama dalam saingan England dan terpaksa meninggalkan kelab yang penuh kenangan kepadanya.
"Ia merupakan keputusan yang sukar buat saya. Jika saya membuat keputusan mengikut emosi, saya pasti akan kekal Celtic selama-lamanya," kata Rodgers.
"Ia merupakan kelab yang menakjubkan. Kelab yang saya sokong sepanjang hidup saya. Tetapi segalanya berlaku begitu pantas Saya telah ditawarkan peluang yang tidak boleh ditolak.
"Kami telah berusaha sebaik mungkin di Celtic, memperbaiki setiap aspek permainan dan sudah tiba masa untuk saya menghadapi cabaran baru.
"Ia bukan mengenai menyertai kelab yang lebih besar, cabaran baru dan beraksi dalam EPL. Bekerjasama dengan pemain-pemain berkualiti dan jurulatih yang bertaraf dunia."
Penghijrahan Rodgers telah menghadirkan rasa tidak puas hati sebilangan penyokong Celtic.
Terdapat pihak yang menganggap Rodgers sebagai "penipu" sebelum aksi pertengahan minggu berdepan Hearts manakala pihak polis melaporkan sedang menyiasat laungan berunsur penghinaan terhadap pengurus berusia 46 tahun itu.
"Saya berasa sedih terhadap apa yang dilakukan oleh penyokong. Mereka adalah barisan penyokong yang terbaik kerana telah memberikan segala-galanya kepada saya.
"Saya berharap dapat melakukan yang terbaik buat Leicester. Ia merupakan kelab yang kaya dengan sejarah yang tersendiri."