MONCHENGLADBACH 1 BAYERN 1
Robert Lewandowski mengakui Bayern Munich melakukan banyak kesilapan dalam perlawanan pertama Bundesliga di bawah kendalian Julian Nagelsmann ketika juara bertahan itu seri 1-1 di Borussia Monchengladbach, sebentar tadi.
Bayern ketinggalan seawal minit ke-10, sebagai permulaan yang buruk apabila sentuhan penyudah Alassane Plea berhasil memperdayakan Manuel Neuer.
Pelawat segera memperkemaskan permainan dan akhirnya menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi Lewandowski -- rentetan jaringan peribadi ke-11 dalam Bundesliga -- tetapi sejak itu Bayern terus buntu menokok jaringan.
Yann Sommer cemerlang menyelamatkan lapan percubaan berbahaya Bayern bagi memastikan Gladbach terus bersaing sengit menuju wisel penamat.
Mereka dinafikan dua sepakan penalti selepas dua kekasaran Dayot Upamecano ke atas Marcus Thuram, lantas Lewandowski terpaksa akur bahawa masih banyak ruang untuk diperbaiki.
"Ini adalah soalan yang sukar, sama ada kami berpuas hati atau tidak," katanya.
"Apa yang kami pamerkan bukanlah bola sepak yang sempurna.
"Kami kurang pantas dan tekal. Kami dapat menjaringkan gol tetapi Gladbach juga memiliki peluang menarik. Sekarang kami harus beralih ke perlawanan berikutnya selain melakukan persiapan.
"Bukan mudah untuk beraksi di sini dan suasananya sangat hebat. Pertembungan seperti ini adalah sesuatu yang istimewa menerusi kehadiran penonton dan ia selalu menimbulkan masalah buat kami di sini. Banyak aspek yang patut dilakukan dengan lebih baik lagi."
Pemain dan barisan kejurulatihan Gladbach berang tidak dihadiahkan dua sepakan penalti pada penghujung perlawanan dengan Adi Hutter menegaskan Thuram telah dikasari sekurang-kurangnya sekali.
Pengadil, Marco Fritz, langsung tidak mendapatkan kepastian video bantuan pengadil (VAR). Ia secara tidak langsung menimbulkan rasa pelik bagi Hutter, tetapi Nagelsmann berpendapat situasi itu telah diperbesarkan dengan sorakan penyokong.
"Saya rasa tindakan pengadil termasuk tidak merujuk bukti video adalah adil," katanya.
"Tentu saja, penyokong menyorak lantang sekali gus membangkitkan satu perasaan yang subjektif. Saya rasa tidak akan ada banyak perbincangan dalam adegan seperti itu jika tanpa kehadiran penyokong."
Nagelsmann mengelak menjadi pengurus tetap Bayern sulung yang tewas dalam pembukaan liga sejak Franz Beckenbauer pada 1994.
Kini dia mengintai trofi pertama di kelab itu dengan Bayern akan menghadapi Borussia Dortmund dalam Piala Super DFL, Rabu depan.