Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Robben tidak mahu tergesa-gesa tandatangani kontrak baru bersama Bayern

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

robben-in-no-rush-to-sign-new-bayern-deal.jpg

Arjen Robben berkata dia tidak mahu leka dengan perbincangan untuk melanjutkan kontraknya bersama Bayern Munich yang bakal tamat penghujung musim ini.

Pemain sayap berusia 32 tahun itu berjaya menemui sasaran ketika Bayern melakar kemenangan 3-1 ke atas Augsburg.

Pengerusi kelab, Karl-Heinz Rummenigge, berkata mereka sedang mengadakan perbincangan mengenai masa depan Robben bersama kelab gergasi Jerman itu.

"Tidak mengapa, musim hadapan kami akan memiliki skuad yang kuat," kata Rummenigge.

Ayah dan juga ejen kepada Robben berkata pemain itu gembira untuk kekal bersama kelab itu sejak menyertai mereka pada 2009.

Robben mencadangkan perbincangan masih belum dimulakan tetapi dia enggan terlalu memikirkan mengenainya.

"Rummenigge mempunyai nombor telefon ayah saya, jadi beliau boleh menghubunginya untuk mengadakan perbincangan. Tetapi perkara itu tidak penting buat saya," kata Robben. 

"Objektif utama saya adalah untuk mengekalkan tahap kecergasan dan mempamerkan prestasi yang cemerlang. Kami menyedari kepentingan antara satu sama lain di dalam pasukan ini."

Advertisement

Must Watch Video