Skip to main content

Bola Sepak

Robben harap Alonso kekal setahun lagi di Bayern

robben-hopes-alonso-stays-at-bayern-amid-retirement-rumours.jpg
Arjen Robben menandatangani kontrak lanjutan selama setahun lagi di Bayern Munich minggu ini sambil mengharapkan Xabi Alonso mengikut jejaknya selepas timbul khabar angin mengatakan pemain Sepanyol itu bakal mengumumkan persaraannya. 

Kontrak Alonso di Allianz Arena akan berakhir hujung musim ini dan Sport Bild melaporkan dia akan menggantung but sebaik kontraknya tamat. 

Bagaimanapun, Robben mengharapkan pemenang Liga Juara-Juara dan Kejohanan Eropah sebanyak dua kali serta trofi Piala Dunia itu kekal di Bayern untuk semusim lagi. 

"Saya berasakan ia masih belum jelas lagi. Xabi dua tahun lebih tua dari saya. Dia harus memutuskan sama ada mahu meneruskan kariernya atau tidak," kata Robben dalam sidang media. 

"Pencapaiannya sukar dipercayai dan dia memenangi setiap gelaran utama tapi dia harus membuat keputusan bersama kelab. 

"Xabi adalah seorang pemain profesional yang sejati dan dia amat sesuai bersama pasukan ini. Dia masih mempunyai kualiti tinggi dan saya akan gembira jika dia mahu menyambung setahun lagi tapi keputusan itu bukan di tangan saya."

Selepas menandatangani kontrak baru sehingga Jun 2018, Robben tidak menolak untuk terus memperagakan aksi terbaiknya. 

"Saya gembira dapat menyambung kontrak selama setahun lagi. Musim ini masih berjalan dan saya masih ada setahun setengah tahun lagi," kata pemain Belanda itu. 

"Saya sudah katakan saya mahu beraksi di tahap tinggi selagi boleh. Mungkin tahun depan andai situasinya bagus, saya berasakan bagus dan mengharungi musim dengan baik, saya boleh menggambarkan akan terus menyambung kontrak selama setahun lagi.

"Itulah rancangan masa depan saya setakat ini. Ketika ini, saya sibuk dengan bola sepak dan saya gembira rundingan kontrak telah pun berakhir untuk kami fokus dalam separuh masa kedua kempen ini."

Bayern kini memimpin carta Bundesliga dengan kelebihan tiga mata ke atas RB Leipzig. Anak buah Carlo Ancelotti itu akan berdepan Freiburg, awal pagi Sabtu nanti. 

Advertisement

Must Watch Video