Penjaga gol Sabah, Robson Rendy Rining, sekali lagi menjadi taruhan Jelius Ating untuk menjaga gawang pasukan berkenaan apabila bertandang ke Stadium Shah Alam bertemu Felcra FC, malam ini.
Penjaga gol berusia 25 tahun itu menjadi pilihan utama Sang Badak musim ini menggantikan Rozaimie Rohim yang sebelum ini sudah dua musim menggalas tugas sebagai benteng terakhir.
Bagaimanapun, Jelius menegaskan pilihannya itu bukanlah bermakna Rozaimie atau lebih mesra dipanggil Roy tidak bagus.
"Kedua-duanya (Rendy dan Rozaimie) bagus, cuma saya ingin memberi peluang kepada Rendy untuk meningkatkan prestasi dan keyakinannya.
"Saya membuat keputusan ini juga kerana tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada Rozaimie untuk menjaga pintu gol, saya mahu Rendy dan Rozaimie sentiasa bersedia diturunkan pada bila-bila masa," katanya.
Jelius dalam pada itu mengakui Rendy sedikit gemuruh ketika skuad kendaliannya bertemu Terengganu FC (TFC) II di Stadium Likas, minggu lalu.
"Itu memang perkara biasa, terutama dalam perlawanan pertama di hadapan penyokong sendiri dan lebih-lebih lagi dia (Rendy) agak jarang diturunkan sebelum ini.
"Kami harap Rendy akan terus meningkat, seterusnya memainkan peranan besar dalam kami mengharungi saingan liga musim ini," katanya.
Selain Rendy, Jelius dijangka mengekalkan empat tonggak pertahanan tempatannya, iaitu ketua pasukan, Rawilson Batuil, Maffry Balang, Randy Baruh dan Jenius Karib.
Pemain dari Korea Selatan, Heo Jaenyong, pula akan mengemudi bahagian tengah bersama-sama Mohd Azzizan Nordin, Sabri Sahar serta Maxsius Musa manakala Lee Gil Hoon dan Hector Pito Ramos yang masing-masing meledak gol pada aksi lalu kekal sebagai pemburu jaringan bagi Sabah.