LIGA SUPER MSIA
Rempuh Perlis rempuh! Ligan sungguh-sungguh!
Malaysian Football League (MFL) mengumumkan bahawa Perlis United FC (PUFC) diarah memenuhi syarat tambahan untuk layak menerima lesen luar biasa (extraordinary license) yang bersyarat bagi mengisi slot ke-14 untuk menyertai Liga Super 2024-2025.
Bola Sepak Perlis suatu ketika dahulu berada di puncak saingan Liga Malaysia terutamanya pada era 2004 hingga 2006.
Perlis FA pada ketika itu muncul juara Liga Super musim 2005, layak ke final Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut dan menjulang piala tersebut pada edisi 2004 dan 2006.
Iklan
Adakah kita bakal menyaksikan kebangkitan Perlis dalam saingan Liga Super musim 2024/25?
Harapan dan impian rakyat Perlis sudah pasti tinggi supaya dapat melihat semula pasukan dari utara itu atau lebih dikenali sebagai 'Singa Utara' kembali di zaman kegemilangan yang pernah ditunjangi oleh Phillimon Chepita, Zacharia Simukonda dan Nizaruddin Yusof.It’s time to bring this gem back. https://t.co/FT37TSzCyR pic.twitter.com/KhzsN1grbM— PDRM Football Club (@officialpdrmfc) March 7, 2024
Namun segala impian ini hanya boleh jadi realiti jika Perlis United FC diterima masuk oleh MFL bagi saingan Liga Super musim 2024/25.
Berdasarkan semakan dan penilaian teliti terhadap setiap permohonan yang dikemukakan, PUFC memiliki dokumen lebih kukuh dengan salinan surat penajaan berjumlah RM25 juta daripada empat potensi penaja iaitu Mudim Zakaria Food Industries Sdn Bhd, Ivory Properties Group Berhad, M.A Intelligent Holdings Sdn Bhd dan Al Razi Holding (M) Sdn Bhd.Malaysian Football League (MFL) mengumumkan bahawa Perlis United FC (PUFC) diarah memenuhi syarat tambahan untuk layak menerima lesen luar biasa (extraordinary license) yang bersyarat bagi mengisi slot ke-14 untuk menyertai Liga Super 2024-2025.— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 7, 2024
PUFC turut telah mengemukakan salinan cek berjumlah RM5 juta daripada salah satu penaja tersebut sebagai bukti dana kewangan pasukan. Selain itu, kelab berkenaan juga menyerahkan surat sokongan daripada kerajaan negeri Perlis yang ditandatangani oleh Menteri Besar, YAB Tn Mohd Shukri Ramli serta surat sokongan daripada Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).
Walau bagaimanapun, Ahli Lembaga Pengarah MFL memutuskan PUFC hanya akan diberikan Lesen Bersyarat Luar Biasa dengan mematuhi beberapa keperluan dan kriteria yang ditetapkan oleh FIB susulan janji dan jaminan yang diberikan kepada FIB daripada pegawai-pegawai PUFC semasa pembentangan mereka.
MFL telah memaklumkan syarat-syarat berkenaan kepada PUFC dan kini sedang menunggu dokumentasi penajaan dan bukti dana mereka.
Perlis miliki doc kukuh menerusi salinan surat penajaan 25 juta ringgit, tp tetap perlu selesaikn 4 kriteria berperingkat menerusi dateline di tetapkan MFL.21 Mac dateline & ktiteria terakhir perlu di lengkapkan Perlis sblm Lesen Bersyarat Luar Biasa di keluarkan.@ASTROARENA pic.twitter.com/QrRWUZEpBx— FinaNasrom (@fnasrom) March 7, 2024
Must-Watch Video