LIGA SUPER MSIA
redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M: Perak letak sasaran 40 mata dalam Liga Super 2024-25
Ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah, mendedahkan bahawa dia telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan pasukan itu bahawa The Bos Gaurus perlu mencapai sekurang-kurangnya 40 mata dalam saingan Liga Super 2024-25.
Tanpa berselindung, pengendali itu mengakui sukar untuk mencapai sasaran berkenaan tetapi percaya pasukannya akan melakukan segala yang termampu untuk merealisasikan misi berkenaan.
Iklan
Dalam perkembangan sama, jurulatih berusia 47 tahun itu turut mengesahkan penyerang kelahiran Medellin, Colombia, iaitu Wilmar Jordan, sedang berada dalam radar pasukan itu tetapi masih belum ada sebarang pengesahan rasmi dapat dilakukan.
"Saya diberikan tanggungjawab untuk membawa 40 mata dalam Liga Super dan ia satu perkara yang amat sukar," kata Yusri kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, menerusi segmen redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M dalam Nadi Weekend hari ini.
"Di sini saya juga ingin mengatakan seandainya ia sukar, ia amat baik untuk saya kerana saya akan terus berjuang.
"Kerana jika berasa lebih selesa, mungkin kami di Perak FC tidak dapat melakukan sebaik mungkin.
"Ramai yang bertanyakan kepada saya mengenai Wilmar Jordan cuma saya tidak boleh mengesahkannya seandainya kami masih belum menandatanganinya.
"Saya boleh katakan kami berminat untuk menandatangani tiga pemain lagi tetapi kami risau (untuk mengumumkannya) jika ada penolakan pada saat-saat akhir," katanya.
Must-Watch Video