Kuala lumpur City dilaporkan sudah menyelesaikan segala tunggakan gaji pemain dan pegawainya menjelang tarikh tutup yang ditetapkan badan bebas, First Instance Body (FIB), hari ini.

Perkembangan itu -- seperti yang dikongsikan dalam segmen redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M menerusi Nadi Weekend hari ini -- menyaksikan skuad The City Boys berkenaan sah akan bersaing dalam Liga Super musim 2024/25.
Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard, semalam berkata kepada Astro Arena betapa dia lega pasukannya sudah menyelesaikan tunggakan gaji berkenaan untuk mereka memberikan fokus sepenuhnya bagi saingan musim baru ini.
Dalam pada itu, satu lagi pasukan dengan masalah sama, Kedah Darul Aman, masih belum memberikan sebarang perkembangan secara rasmi.
Ini sedikit perkembangan pasukan itu yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Di faham kan Kedah tlh membuat pembayaran Oktober 2023 pada Rabu bermakna hutang tertunggak selesai bagi tempoh 2 bulan.
— FinaNasrom (@fnasrom) March 30, 2024
Bagaimanapun hari ini, 30 Mac adalah tarikh akhir utk Kedah selesaikan baki gaji 2023 tertunggak.
Kedah : Nov & Dec belum selesai@ASTROARENA