Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M: KL City kekal pertaruh pakar taktikal Croatia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

miroslav-kuljanac.jpg
Kuala Lumpur City FC mengumumkan Miroslav Kuljanac atau lebih dikenali dengan nama panggilan Kuljo dari Croatia sebagai ketua jurulatih yang baharu menggantikan kekosongan yang ditinggalkan sebelum ini melalui akaun rasmi milik kelab tersebut, sebentar tadi.

Dia akan menggantikan tempat kosong yang ditinggalakan oleh bekas ketua jurulatih Nenad Bacina, sebelum ini yang mengumumkan peletakan jawatannya secara mengejut.

Pengendali berusia 53 tahun itu sebelum ini pernah menjadi pembantu kepada bekas jurulatih, Bojan Hodak secara interim semasa mengendalikan pasukan dari Lembah Klang itu, musim lepas.

 

"Kami kelab yang sedang meningkat naik dengan jiwa yang besar dan mampu untuk bersiang di peringkat yang tertinggi seperti yang telah kami lakukan dalam tiga musim yang lalu. 

"Saya percaya kami akan memberikan penyokong kami sesuatu yang akan mereka banggakan." katanya.


 

Advertisement

Must Watch Video