Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M: KL City buka lembaran baru sempena Ramadan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuala-lumpur-city.jpg
Kuala Lumpur City FC, berikrar bahawa masalah tunggakan gaji sebelum ini akan diselesaikan sepenuhnya pada akhir bulan ini.

Tindakan itu bagi memastikan kelab dari Lembah Klang itu dapat memulakan pra musim mereka dengan lembaran baru terutamanya buat para pemain, staf kejurulatihan dan seluruh pasukan untuk kekal bertanding dalam kancah liga Malaysia.


 

Semalam, Presiden Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin, mengeluarkan kekhuatiran berkenaan kemelut tunggakan gaji kelab yang bertanding dalam Liga Malaysia kerana berisiko untuk di denda oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam pada itu, KL City juga sebelum ini mengesahkan melalui akaun rasmi milik mereka bahawa ketua jurulatih mereka Nenad Bacina,  turut meninggalkan pasukan itu pada musim ini selepas mengumumkan peletakan jawatanya

 

 

Advertisement

Must Watch Video