"Hati kata mahu tapi badan tidak mampu."

Demikian terang Joseph Kalang Tie yang secara rasminya mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak profesional pada usia 37 tahun dan kini bertindak sebagai penolong jurulatih Kuching City B-23.

Dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Joseph menjadikan jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim, sebagai figura penting sepanjang 17 tahun kariernya dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).

"Saya sudah berfikir banyak kali, berbincang dengan keluarga dan sebaik berasakan badan pun tidak mampu menampung permainan.

"Isteri juga memberi semangat. Hati memang cakap boleh tetapi badan saya cakap sudah cukup.




"Saya ingin berterima kasih kepada Irfan Bakti yang menaikkan nama saya di Terengganu dulu.

"Dia jurulatih yang bertanggungjawab

"Dia juga adalah mentor saya. Dia sempat berpesan agar saya tidak terus menggalas jawatan ketua jurulatih, sebaliknya sebagai penolong.

"Dia mahu belajar daripada orang lain dulu, jangan kejar gelaran dan nama, kejarlah ilmu," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.