LIGA SUPER MSIA
redONE Mobile Keluar-Masuk: Kehadiran Nurulloev, Faiz beri dimensi baru jentera serangan Kedah
Kedah Darul Aman (KDA) bakal menghadirkan corak pasukan yang lebih cemerlang menjelang musim baharu yang bakal bermula tidak lama lagi!
Bekas penyerang Terengganu, Sony Norde, merupakan pemain terbaru yang diperkenalkan kelab dijangka bakal mengetuai jentera serangan Kedah.

Iklan
Bekas pemain lincah yang pernah berada di bawah Nafuzi Zain semasa bersama skuad Peteh bakal diberikan sokongan oleh pemain yang dijangka memberikan dimensi baru dalam pasukan, Nurulloev dan Faiz.
Walaupun ini merupakan satu pengalaman baru, pemain yang menjuarai Piala Asia Bawah 23 Tahun bersama Uzbekistan pada 2018, sudah mula mendapatkan maklumat daripada pemain-pemain yang sudah beraksi dalam Liga-M.

Kehadiran 'Messi Ganu' juga bakal menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan, kualitinya sudah lama dipantau Nafuzi dan kini bakal berkhidmat bersama Sang Kenari secara pinjaman dari Terengganu

Faiz memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional bersama Kelantan pada 2013 diikuti Felcra FC, Selangor, Kelantan United serta Terengganu FC.
Must-Watch Video