Real Madrid telah mengeluarkan kenyataan menegaskan mereka tidak merancang untuk mendapatkan khidmat bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar.
Juara Eropah itu telah dikaitkan dengan penyerang Brazil itu sebagai pengganti Cristiano Ronaldo, yang menyertai Juventus minggu ini.
Neymar, yang meledak dua kali dalam saingan Piala Dunia Russia, dipercayai berada dalam radar kelab Madrid itu selepas keputusan mengejut Ronaldo yang mahu mencari pengalaman baru.
Tetapi gergasi LaLiga itu telah menamatkan spekulasi berkenaan dan mendedahkan tidak melakukan sebarang perbincangan dengan bekas pemain Barcelona itu.
"Selepas dikaitkan dengan Neymar, Real Madrid CF mahu menjelaskan bahawa tiada perancangan untuk menawarkan kontrak kepada pemain itu," kata kenyataan yang dikeluarkan.
"Hubungan di antara dua kelab ini sangat baik, jadi perkara pertama yang harus dilakukan Real jika berminat dengan salah seorang pemain ialah perlu memberitahu kepada kelab itu."
Neymar menjadi pemain termahal dunia selepas berpindah meninggalkan Barca untuk bersama PSG sebelum musim lalu bermula.
Walaupun menjuarai tiga gelaran domestik, Neymar dan PSG tersingkir dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) di tangan Los Blancos.
Keputusan Real itu mengalih pandangan daripada Neymar kerana mereka dalam sasaran untuk mendapatkan khidmat penyerang Chelsea, Eden Hazard, manakala Kylian Mbappe juga disifatkan sebagai pengganti terbaik buat Ronaldo.