Zinedine Zidane percaya Real Madrid kekurangan seorang penyerang selepas Alvaro Morata berhijrah ke Chelsea tetapi masih belum bersedia untuk mendapatkan khidmat pemain muda sensasi, Kylian Mbappe.
Chelsea telah menyempurnakan perpindahan Morata yang bernilai GBP78 juta (RM434 juta), semalam.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu memainkan peranan pemain sokongan kepada jentera serangan Real yang dianggotai oleh Gareth Bale, Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo pada musim lepas walaupun dihimpit kecederaan pada awal musim.
Morata berjaya meledak 20 gol dalam semua pertandingan dan Zidane menegaskan Madrid sangat bertuah kerana memiliki pemain yang berkualiti seperti Morata.
"Kami melihat kemampuan yang dipamerkan oleh Morata musim lepas, dia telah bermain dengan baik dan banyak membantu pasukan.
"Buat masa ini, kami kekurangan seorang penyerang.
Mbappe telah dikaitkan dengan Real dan Zidane secara terbuka menjelaskan bahawa beliau amat meminati gaya permainan pemain berusia 18 tahun itu.
"Dia merupakan pemain yang sangat bagus dan dikehendaki oleh banyak pasukan. Kami akan lihat apa yang bakal berlaku, kami perlu menunggu sehingga 31 Ogos."