Real Madrid mencapai kata sepakat untuk mendapatkan pemain pertahanan, Theo Hernandez, daripada seteru setempat, Atletico Madrid, dengan perjanjian selama enam tahun.
Pemain berusia 19 tahun itu -- abangnya Lucas Hernandez bermain untuk Atleti -- menyerlah ketika dipinjamkan kepada finalis Copa del Rey, Alaves, musim lalu.
Hernandez mempunyai kontrak sehingga 2021 bersama Atletico, namun satu kenyataan kelab itu mengatakan bahawa pemain muda Perancis itu menolak beberapa tawaran baru, termasuk daripada beberapa kelab Eropah yang lain.
"Hernandez berulang kali menyatakan hasratnya untuk bermain dengan Real Madrid," kata kenyataan itu.
Nilai perpindahan itu, bagaimanapun, tidak didedahkan, dengan akhbar sukan Madrid, Marca, melaporkan ia bernilai EUR26 juta.
Hernandez akan diperkenalkan di Santiago Bernabeu, Isnin depan, selepas selesai urusan ujian perubatan.
Dia beraksi sebanyak 38 kali bersama Alaves, namun tidak pernah tampil dalam aksi kompetitif bersama Atleti meskipun menyertai akademi kelab itu pada usia 11 tahun.