Thibaut Courtois mengikat perjanjian baru selama lima tahun dengan Real Madrid, umum kelab itu semalam.
Madrid melepaskan pertahanan berpengalaman, Sergio Ramos, dan Raphael Varane dalam usaha untuk meringankan beban kewangan akibat penularan COVID-19.
Namun, kelab ibu kota Sepanyol itu memutuskan untuk melanjutkan jodoh dengan penjaga gol Courtois, yang bersetuju menandatangani kontrak hingga 30 Jun 2026.
Courtois dipancing daripada Chelsea pada 2018 selepas cemerlang mewakili Belgium dalam Piala Dunia di Russia di mana dia memenangi Sarung Tangan Emas.
Dia mula mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain nombor satu Los Blancos selepas permulaan awal LaLiga yang sukar -- Courtois pernah beraksi untuk Atletico Madrid ketika dipinjamkan daripada Chelsea.
Pemain berusia 29 tahun itu telah membantu Madrid merangkul tiga trofi -- LaLiga, Supercopa de Espana 2019-20 dan Piala Dunia Kelab FIFA 2018.
Sejak bergabung dengan Madrid, hanya Karim Benzema (148), Casemiro (136) dan Luka Modric (135) beraksi lebih banyak daripadanya (130) untuk setaraf dengan Toni Kroos.
100 daripada penampilannya dalam menerusi LaLiga.
Courtois menduduki tempat ketujuh untuk jumlah menyelamat (238) dengan peratusan mengagumkan setinggi 73.52 peratus. Dia dibolosi 85 kali dalam liga dengan 82 daripadanya diledak di dalam kotak penalti.
Jumlah 2,009 hantaran yang dilakukannya adalah yang kedua di belakang pemain Barcelona, Marc-Andre ter Stegen, selain hanya melakukan 986 sepakan jauh -- sekali gus membuktikan kualiti kawalan bola Courtois dan kecenderungan Madrid menyusun gerakan dari belakang.