SEVILLA 3 REAL MADRID 3 (agg 3-6)
Real Madrid mencipta sejarah baru bola sepak Sepanyol ketika meraih keputusan seri 3-3 dengan Sevilla awal pagi tadi untuk menghantar mereka ke suku akhir Copa del Rey dengan agregat 6-3.
Karim Benzema menyamakan kedudukan menerusi tendangan terakhir perlawanan untuk mengesahkan tempat mereka di peringkat seterusnya dan secara tidak langsung mencipta rekod baru 40 perlawanan tanpa kalah untuk mengatasi rekod yang dipernah dilakukan anak buah Luis Enrique di Barcelona.
Madrid, yang turun tanpa Cristiano Ronaldo dan Luka Modric susulan kemenangan selesa 3-0 dalam aksi pertama, mendapati mereka ketinggalan seawal minit kesembilan menerusi jaringan sendiri Danilo dalam perlawanan timbal balik itu.
Sevilla terus menggempur kubu lawan pada separuh masa pertama dan hampir melebarkan kedudukan tetapi Wissam Ben Yedder terlepas peluang keemasan.
Namun, kelincahan Marco Asensio melegakan kem Madrid apabila dia bertindak melarikan bola dari kawasan sendiri sebelum mengikat kedudukan perlawanan tetapi ia tidak bertahan lama apabila Stevan Jovetic, yang baru tiba dari Inter Milan, kembali meletakkan Sevilla di hadapan.
Anak buah Jorge Sampaoli terus memberi tekanan sementara Madrid lebih banyak bergantung kepada gerakan serangan balas sehingga memberi peluang kepada Vicente Iborra untuk menjaringkan gol ketiga Sevilla.
Bagaimanapun, sepakan penalti yang disempurnakan Sergio Ramos dan gol lewat Benzema memastikan Madrid meneruskan kemaraan dan mengekalkan rekod cemerlang tanpa kalah mereka.