Jupp Heynckes mengelak untuk mengandaikan kemampuan Bayern Munich mengulangi kejayaan 'treble' 2013 sambil mengingatkan bahawa dua seteru El Clasico, Barcelona dan Real Madrid, adalah pilihan untuk menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) di samping Paris Saint-Germain (PSG).
Bakal melayani juara Turki, Besiktas, dalam pertemuan pertama pusingan 16 awal pagi esok, Heynckes bagaimanapun menjangkakan kedua-dua gergasi LaLiga itu adalah pilihan utama selain menyatakan kekaguman terhadap persembahan kontinjen Liga Perdana Inggeris.
Madrid meraih kemenangan 3-1 ke atas PSG di Santiago Bernabeu minggu lepas untuk meletakkan juara bertahan itu dalam laluan selesa, begitupun jurulatih veteran Bayern itu enggan mengetepikan peluang skuad Ligue 1 yang berbelanja mewah itu.
"Meramalkan keputusan adalah sangat rumit, terdapat banyak kelab besar yang mempunyai tradisi masih kekal dalam saingan," kata Heynckes.
"Terdapat lima pasukan di England yang sangat mantap, ada yang melabur dengan hebat pada musim panas dan sejuk yang lalu.
"Real Madrid, Barcelona dan PSG merupakan pilihan dan tentu saja, kami mahu meneruskan tradisi kami.
"Bayern sering berjaya di Eropah, namun kancah ini bukan konsert, anda sentiasa perlu mengikut kesesuaian. Setiap lawan mampu menjadi penghalang," katanya.
Heynckes enggan memandang remeh ancaman Besiktas -- yang menerajui peringkat kumpulan yang turut dihuni Porto, RB Leipzig dan AS Monaco -- yang mara ke separuh akhir musim lalu selain faktor jurulatih mereka yang berpengalaman, Senol Gunes.
"Kami mendapat hasil undian yang baik," katanya lagi. "Saya mengenali Besiktas secara terperinci, mereka bukan sekadar memiliki pemain yang pernah beraksi dalam liga Sepanyol seperti Madrid, Barca atau Valencia, malah mereka juga memiliki dua pemain kebangsaan Belanda.
"Ini adalah sebuah pasukan yang sarat dengan pengalaman antarabangsa, rahsia kejayaan mereka terletak pada jurulatih mereka, dia bukan sebaya saya tetapi dia sudah berusia 65 tahun. Dia seorang yang berpengalaman, jurulatih yang sangat berpengalaman tahu bagaimana untuk mengadunkan pemain."
Heynckes, 72, juga pemenang UCL bersama Madrid pada 1998, sedar bagaimana untuk membina sebuah pasukan juara.
Dia yang bersara susulan kejayaan 'treble' bersejarah, lima tahun lalu, kembali menggalas tanggungjawab berkenaan buat sementara waktu dan hasilnya memimpin Bayern di puncak Bundesliga dan meraih tempat dalam separuh akhir DFB-Pokal, namun Heynckes tidak berminat dengan topik memburu tiga kejuaraan.
"Saya tidak suka membuat banyak perbandingan," tambah Heynckes. "Setiap pasukan mempunyai kehidupan tersendiri.
"Kami percaya kepada kemampuan sendiri sehinggalah detik akhir, itulah tanda yang sangat positif. Keyakinan Bayern tidak pernah berhenti, selalu lebih tinggi, lebih berjaya.
"Itulah sebabnya kami berjaya dalam liga dan penuh bersejarah."