Skip to main content

Bola Sepak

Real Madrid, Barca bersaing dapatkan Ceballos

dani-ceballos-070717.jpg
Barcelona dan Real Madrid telah menghubungi Real Betis berhubung masa depan pemain tengah yang sedang mencipta nama, Dani Ceballos, demikian pengesahan yang dibuat presiden kelab, Angel Haro. 

Ceballos menjadi pemain hangat sejak penghujung musim lalu, lebih-lebih lagi ketika membintangi Kejohanan Bawah 21 Tahun (B-21) bersama Sepanyol di Poland. 

Seteru El Clasico itu dikaitkan dengan pemain berusia 20 tahun itu dan secara rasminya telah menghubungi Betis. 

Dengan Ceballos mengunci mulut mengenai masa depannya, Haro menjangkakan pemain muda berkenaan kekal di sebalik minat daripada Blaugrana dan Los Blancos.

"Kami masih mahukan dia kekal di Real Betis dan benar kami dihubungi Real Madrid dan Barcelona," kata presiden itu. 

"Kami tidak mahu dia pergi sehinggalah dia memberitahu bahawa dia mahu berpindah. 

"Keputusan terletak di tangannya. 

"Dia akan bercuti selama dua minggu dan kami menjangkakan dia akan membuat keputusan selepas itu."

 

Advertisement

Must Watch Video