Skip to main content

Bola Sepak

Reaksi marah Cavani adalah normal -- Emery

cavani-s-reaction-to-being-subbed-is-normal-emery.jpg

Unai Emery menegaskan dia tidak ada sebarang masalah dengan reaksi marah Edinson Cavani apabila pemain itu digantikan dalam kemenangan 1-0 Paris Saint-Germain ke atas Rennes.

Tatkala Cavani buntu mencari gol, Julian Draxler pemain yang di bawa masuk dari Wolfsburg awal bulan ini, menandakan aksi pertamanya di Ligue 1 dengan jaringan kemenangan sekaligus bantu PSG raih tiga mata penting di Roazhan Park.

Cavani dikeluarkan pada minit ke-70 bagi memberi ruang kepada Hatem Ben Arfa dan riak wajah penyerang Uruguay itu nyata tidak berpuas hati. 

Bagaimanapun, Emery menegaskan dia berpuas hati dengan sumbangan penyerang itu.

"Ia reaksi normal," Emery memberitahu Canal+. "Dia mahu menjaringkan gol dan kami juga mengharapkan dia menjaringkan gol.

"Namun, selain daripada itu, dia telah menjalankan tugas dengan baik. Dia mendapat peluang di babak pertama dan di babak kedua, dia telah membuat hantaran yang cantik kepada Thiago Motta.

"Selain itu, dia telah berusaha dan melaksanakan tugas dengan baik sepertimana yang kami mahukan. Saya mengeluarkan dia kerana mahu Hatem membantu pasukan."

Advertisement

Must Watch Video