Skip to main content

Bola Sepak

Rashford lega tamatkan kemarau gol dengan ledak dua kali

rashford-delighted-to-end-goal-drought.jpg

Marcus Rashford mengakui berasa lega akhirnya menamatkan kemarau jaringan selepas dua golnya membantu Manchester United melakar kemenangan 4-0 ke atas Reading dalam aksi Piala FA pada Sabtu.

Pemain antarabangsa England itu memulakan kempen 2016-17 dengan cukup baik apabila meledak empat gol sebelum bulan Oktober.

Namun, dia kemudiannya menempuh tiga bulan tanpa sebarang jaringan hingga mengakui dia tertekan kerana gagal menemui gawang.

"Ketika kemarau gol melanda, saya agak tertekan," penyerang itu memberitahu wartawan.

"Namun selepas beberapa lama, saya mula menyesuaikan diri, membuat beberapa bantuan jaringan dan saya mula beraksi dengan baik.

"Kini dengan dua gol ini, saya sangat gembira."

Perjalanan pemain berusia 19 tahun itu masih jauh jika mahu menjadi sehebat Wayne Rooney yang telah meledak 249 gol buat United -- kapten United itu kini menyamai rekod jaringan dengan Booby Chartlon  -- dan Rashford memuji pencapaian seniornya itu.

"Satu pencapaian yang sukar dipercayai," tambah Rashford.

"Jika melihat kembali kesemua gol yang dijaringkan, ia cukup menakjubkan."

Advertisement

Must Watch Video