Claudio Ranieri menepis prospek penjualan Islam Slimani ke kelab China, Tianjin Quanjian.
Penyerang Algeria itu menjadi pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) terbaru yang dikaitkan ke Liga Super China, dengan laporan mendakwa kelab itu sedia membuat tawaran bernilai GBP38.5 juta (RM214.8j).
Ranieri menafikan perkembangan membabitkan pemain berusia 28 tahun itu yang baru menyertai juara EPL itu dari Sporting CP, Ogos lalu.
"Ia hanya spekulasi," ujarnya dalam sidang media. "Slimani bukan untuk dijual."
Leicester pula dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Gaston Ramirez dari Middlesbrough, dengan Aitor Karanka mengesahkan pemain itu telah membuat permohonan rasmi untuk berpindah.
Namun, apabila diajukan tentang tawaran itu, Ranieri berkata: "Saya tidak mengesahkan apa-apa. Anda pun tahu saya tidak boleh bercakap mengenai spekulasi. Dalam tempoh enam hari, anda akan tahu kesemuanya."
Leonardo Ulloa turut disebut-sebut bakal meninggalkan Leicester berikutan kecaman ejen penyerang berkenaan yang melabel Ranieri sebagai pembohong berikutan gagal menepati janji menurunkan Ulloa dengan lebih kerap.
Pemain berusia 30 itu sedang merawat kecederaannya dan akan terlepas aksi Piala FA menentang Derby County sambil Ranieri menegaskan hubungan mereka tidak renggang.
"Leo masih tercedera," katanya. "Saya mahukannya kerana dia seorang pemain yang bagus, sudah tentu dia mahu beraksi seberapa kerap. Jika sesiapa mahukan khidmat Leo, mereka perlu bayar.
"Kami sudah berbincang, dia berkata apa yang diperkatakan ejennya adalah halnya sendiri, bukan soal Leo. Saya berasakan dia akan kekal bersama kami.
"Ejennya mendakwa saya seorang pembohong. Saya enggan melayaninya. Saya sentiasa mempunyai hubungan akrab dengan Leo.
"Saya memahaminya."