BURNLEY 1 MAN UTD 1
Ralf Rangnick kecewa dengan punca yang membawa kepada kelebihan Manchester United dipadamkan untuk terikat 1-1 dengan Burnley, secara tidak langsung terlepas untuk berada dalam kelompok empat terbaik.
Pogba terlebih dahulu memberikan The Red Devils jaringan pendahuluan pada minit ke-18 -- gol pertamanya dalam EPL selepas 384 hari -- bagi memadam kehampaan awal gol tandukan Raphael Varane dibatalkan kerana ofsaid, awal pagi tadi.
United hampir mendahului 2-0 apabila Josh Brownhill tertampan hantaran lintang Marcus Rashford ke gawangnya sendiri, tetapi satu kekasaran lewat Erik Pieters ke atas Paul Pogba telah membuatkan pelawat kempunan dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.
Nick Pope kemudian memastikan Burnley mempertahankan kedudukan 0-1 itu dalam baki separuh masa pertama.
Ia mendorong kepada gol penyamaan Burnley Jay Rodriguez, dua minit selepas rehat sementara United pula terus buntu mengatur asakan.
Gol Rodriguez itu menjelma melalui percubaan tepat pertama Burnley selepas ketua pasukan United, Harry Maguire, terperangkap dengan gerakan Wout Weghorst yang membuat lorongan kepada gandingannya di bahagian serangan tersebut.
Justeru, Rangnick berasakan barisan pemainnya sepatutnya telah 'membunuh' perlawanan dalam babak babak pertama tetapi kecekapan penjaga gol juga antara faktor yang menyumbang.
"Saya fikir kami telah beraksi hebat dalam separuh masa pertama, ia satu permainan yang menarik. Kami patut menyumbat tiga gol, tetapi saya masih bingung dengan jaringan kedua yang dibatalkan itu," katanya kepada BBC.
"Ia adalah satu keputusan yang lemah oleh penjaga garisan. Dia hanya mengesan kekasaran itu selepas lima atau enam saat ia berlaku.
"Ia benar-benar memeranjatkan saya apabila pengadil hanya mengangkat bendera sedangkan bola sudah menerjah jaringan. Adakah dia benar-benar mengesan kesalahan terbabit? Gol ofsaid pertama saya boleh faham mengapa ia tidak disahkan tetapi yang kedua itu saya tidak faham.
"Jika anda melihat keseluruhan permainan, kami menguasai sebahagian besar daripadanya. Memenangi satu mata tidak memadai dan ini merupakan satu lagi kekecewaan."

Burnley battle back in the second half to take a point off Man Utd#BURMUN pic.twitter.com/bfvLdrQzMz
— Premier League (@premierleague) February 8, 2022