MANCHESTER UNITED 1 SOUTHAMPTON 1
Ralf Rangnick kecewa apabila Manchester United tidak mempunyai ketenangan sehingga sekali lagi keciciran mata selepas terikat 1-1 dengan Southampton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford malam tadi.
Jadon Sancho meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-21 menerusi jaringan keduanya dalam tiga perlawanan terakhir.
Bagaimanapun, sama seperti apa yang berlaku ketika mereka berdepan Burnley pada Rabu lalu, pasukan bimbingan Rangnick itu memberikan ruang untuk pasukan lawan bangkit dalam babak kedua hasil penyudah Che Adams.
Ini merupakan kali kedua dalam sejarah EPL United gagal memenangi dua perlawanan berturut-turut ketika mendahului dalam babak pertama selepas kali terakhir melakukan perkara sama pada Disember 1998.
Hanya empat pasukan keciciran lebih banyak mata selepas mendahului berbanding United (13) sepanjang musim ini dan Rangnick meluahkan kegusarannya apabila The Red Devils kelihatan tidak cukup tenang untuk mempertahankan kelebihan mereka.

"Malangnya, ia sama seperti perlawanan sebelumnya," kata Rangnick kepada BBC Sport.
"Ia merupakan perlawanan keempat di mana kami mendahului tetapi kemudian sekadar meraih satu mata berbanding tiga. Ia sesuatu yang sukar diterima tetapi kami perlu mengakuinya.
"Ia setengah jam pertama yang amat bagus. Saya gembira dengan prestasi kami. Kami tidak membenarkan mereka untuk memperoleh banyak peluang tetapi mereka kemudian melalui momen peralihan dalam babak pertama dan menjaringkan gol penyamaan pada awal babak kedua.
"Kemudian, perlawanan menjadi terbuka, kedua-dua pasukan memiliki peluang. Kami mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang tetapi pada ketika ini, kami bergelut untuk mengekalkan ketenangan dan tidak dapat menstrukturkan pemainan yang lebih baik daripada babak pertama," katanya.
"Manchester United","Southampton","Liga Perdana Inggeris","Ralf Rangnick","Bola Sepak"