Sergio Ramos memuji kebolehan Zinedine Zidane untuk menangani "kerumitan" Real Madrid menjelang aksi final Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Juventus.
Real dalam perjalanan melakar sejarah untuk menjadi pasukan pertama mempertahankan kejuaraan tersebut dalam perlawanan akhir di Cardiff, awal pagi esok.
Kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Atletico Madrid di Milan tahun lepas memberikan kejuaraan kali ke-11 buat kelab tersebut, selepas Zidane mengambil alih tugas daripada Rafael Benitez yang memberikan impak kepada pasukan.
Selepas mempamerkan keputusan positif sepanjang satu setengah tahun bersama pasukan, Zidane kini menerima sokongan penuh daripada skuad Real dan kapten pasukan, Ramos.
"Saya telah mengetahui corak permainan yang diterapkan oleh ramai jurulatih, saya tidak akan memberitahu kami sesuatu yang baru, setiap keputusan merupakan hasil persembahan kami," kata Ramos.
"Kami sangat berbangga dengan Zidane sejak hari pertamanya bersama Real. Kami mengetahui ramai jurulatih yang hadir menghadapi satu cabaran yang rumit dan sukar untuk mencipta kejayaan.
"Kami berharap dapat terus mencipta kejayaan dalam jangka masa panjang. Buat kami, beliau merupakan seorang yang berpengaruh besar di dalam pasukan," tambahnya.
Ramos tidak percaya dengan menjuarai LaLiga memberikan kelebihan buat Real untuk berdepan Juve -- juara enam kali berturut-turut Scudetti.
"Saya berharap setiap perlawanan akhir, kedua-dua pasukan memiliki peluang yang sama.
"Saya tidak berpendapat menjuarai LaLiga memberikan kelebihan kepada kami.
"Kami sangat gembira kerana menjuarai liga selepas bermain dengan baik sepanjang musim.
"Kejayaan ini terhasil daripada dedikasi setiap pemain, pengorbanan sepanjang musim dan kami bakal menempuhi satu lagi ujian esok.
"Kami mengetahui gaya permainan lawan kami, kedua-dua pasukan memiliki peluang untuk menjuarainya."
Penulis Jemputan
Sat Jun 03 2017