Skip to main content

Bola Sepak

Ramos ucap selamat maju jaya buat Ronaldo

sergioramoscristianoronaldo-cropped_nduu44611dz51hu5oo7ps1eab.jpg
Cristiano Ronaldo akan sentiasa diingati oleh Real Madrid, kata kapten pasukan itu, Sergio Ramos.

Lewat malam tadi, Madrid mengesahkan bahawa Ronaldu yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Los Blancos telah bersetuju dengan perpindahan ke Juventus.

Ronaldo telah menyumbat 450 gol buat kelab itu dan membantu mereka memenangi empat trofi Liga Juara-Juara Eropah dalam tempoh lima tahun.

Situasi itu membuatkan Ramos pantas memberikan tanda hormat buat pemenang lima kali Ballon d'Or itu.

"Ronaldo, jaringan anda, nombor jersi dan segalanya yang telah kita menangi bersama menjelaskan semua perkara," kata Ramos.

"Anda telah meraih tempat tersediri dalam sejarah pasukan. Sebagai sebahagian daripada Madrid, kami akan sentiasa mengingati anda.

"Tentunya ia satu penghargaan dapat beraksi bersama anda. Selamat maju jaya!"

Advertisement

Must Watch Video