Skip to main content

Bola Sepak

Ramos sasar kejayaan 'treble' pertama Real Madrid

ramos-targets-first-real-madrid-treble.jpg

Pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, memasang impian untuk memenangi 'treble' musim ini bagi meneruskan kejayaan yang dihasilkan pada tahun 2016.

Barcelona merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya melakar kejayaan 'treble' pada musim 2008-09 dan 2014-15.

Madrid menamatkan tahun 2016 dengan memenangi Piala Dunia Kelab FIFA (CWC) selepas menewaskan Kashima Antlers 4-2 tetapi Ramos masih mahu meraih lebih banyak kejayaan.

"Seperti biasa, kami menyasarkan tiga gelaran setiap musim, LaLiga, Liga Juara-Juara (UCL) dan Copa del Rey," ujar Ramos.

"Kami cuba untuk menghasilkan permainan yang baik dan memberikan segala-galanya di atas padang. Saya percaya kemenangan akan hadir selepas itu."

Madrid menduduki persada LaLiga, dengan memiliki kelebihan tiga mata ke atas Barca walaupun kekurangan satu perlawanan.

Skuad bimbingan Zinedine Zidane akan bertemu Napoli dalam pusingan kalah mati UCL, manakala Sevilla menanti kehadiran mereka dalam pusingan yang sama dalam saingan Copa del Rey.

 

Advertisement

Must Watch Video