Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, menyifatkan pasukannya telah banyak melakukan kesilapan hingga ketinggalan jauh daripada Barcelona dalam saingan LaLiga selepas sekali lagi
kehilangan mata dalam aksi Sabtu lalu.
Selepas mendahului perlawanan dua kali ketika berdepan Levante, Real sekadar meraih keputusan seri 2-2.
Ramos, yang menjadi pertahanan yang menjaringkan gol dalam 14 musim berturut-turut dalam sejarah LaLiga, menyifatkan pasukannya terus melakukan kesilapan.
"Kami akan terus bersaing untuk menamatkan saingan dalam kedudukan yang terbaik. Saingan Liga Juara-Juara (UCL) akan menjadi sasaran kami," kata Ramos.
"Ia merupakan satu perkara yang luar biasa ketinggalan kepada Barca. Kami telah banyak melakukan kesilapan, kehilangan mata dalam perlawanan yang kami mampu menang. Ia merupakan salah satu musim terburuk kami.
"Pasukan ini berfungsi, tiada pemain yang bersembunyi, setiap pemain memberikan yang terbaik tetapi situasi yang merumitkan tidak boleh dielak. Cara terbaik buat kami memperbaiki perkara ini adalah menerusi saingan UCL.
Real meletakkan fokus untuk muncul juara buat kali ketiga berturut-turut dalam saingan UCL, bagaimanapun terpaksa menempuhi tugas berat berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dalam pusingan kalah mati.
Ramos dan Real, yang bakal menerima kunjungan PSG pada 14 Februari ini, berharap setiap pemain akan kekal positif dan mempamerkan persembahan terbaik.
"Situasi seperti ini pernah berlaku kepada kami beberapa kali tetapi kami akan memperbaiki persembahan. Kami perlu terus bekerja dan mempercayai kebolehan diri sendiri," ujarnya.