Luka Modric menyifatkan Sergio Ramos 'luar biasa' dan berkata kapten Real Madrid itu adalah pertahanan terbaik dunia.
Ramos memimpin Real untuk menjuarai gelaran LaLiga buat kali kelima musim ini, menjaringkan 11 gol -- rekod tertinggi dihasilkan oleh seorang pemain pertahanan bagi abad ke-21.
Pemain berusia 34 tahun itu telah memenangi 22 trofi bersama Los Blancos sejak berhijah dari Sevilla pada 2005 dan kekal dalam perancangan pengurus pasukan, Zinedine Zidane, dengan ramai yang mencadangkan dia mampu bersaing merebut Ballon d'Or tahun ini sebelum edisi 2020 dibatalkan.
Modric, yang menjadi rakan karib Ramos sejak berhijrah ke bumi Sepanyol pada 2012, berkata kualiti yang dimiliki pemain tersebut tidak dapat diragui.
"Ramos seorang pemain yang luar biasa," katanya kepada Sportske Novosti. "Saya bukan mengatakan kerana kami telah mengenali selama lapan tahun, sering pergi bercuti bersama, atau kerana kami memiliki pengalaman bola sepak yang menarik dan berjaya bersama.
"Ramos seorang pemain elit. Pesaing yang berada di tahap tertinggi dan apabila anda menyaksikan dia berlatih, ia membuktikan dedikasinya dan masih lagi dahagakan kejayaan. Seorang pemimpin pasukan dan pertahanan terbaik dunia."
Kejayaan Real menjuarai LaLiga musim ini turut diinspirasikan oleh prestasi Karim Benzema, yang meledak 21 gol.
Modric percaya Benzema kini mula mendapatkan penghargaan yang berhak diraihnya.
"Semua orang sudah mula menyedari kemampuan pemain yang dimiliki Real. Benzema seorang penyerang yang berada di tahap terbaik. Dia memahami permainan, pergerakan, bijak membuka benteng pertahanan lawan. Seorang pemain yang istimewa.
"Benzema sentiasa melakukan tugas yang baik untuk pasukan dan dia kini mula dihormati oleh ramai pihak."

4 - Sergio Ramos became the defender with the most goals scored in a single LaLiga season in the 21st century (11 in 2019/20), surpassing Mariano Pernía's record in 2005/06 (10). Brave. #OptaBestXI@realmadriden pic.twitter.com/9afiDhmxuX
— OptaJose (@OptaJose) July 21, 2020
"Ramos seorang pemain yang luar biasa," katanya kepada Sportske Novosti. "Saya bukan mengatakan kerana kami telah mengenali selama lapan tahun, sering pergi bercuti bersama, atau kerana kami memiliki pengalaman bola sepak yang menarik dan berjaya bersama.
"Ramos seorang pemain elit. Pesaing yang berada di tahap tertinggi dan apabila anda menyaksikan dia berlatih, ia membuktikan dedikasinya dan masih lagi dahagakan kejayaan. Seorang pemimpin pasukan dan pertahanan terbaik dunia."
Kejayaan Real menjuarai LaLiga musim ini turut diinspirasikan oleh prestasi Karim Benzema, yang meledak 21 gol.
Modric percaya Benzema kini mula mendapatkan penghargaan yang berhak diraihnya.
9 - Karim Benzema won more points with his goals than any other player in @LaLigaEN 2019/20 (16 points, 21 goals). MVP.#OptaBestXI@realmadriden pic.twitter.com/YGdqHoDmg9