Sergio Ramos mahu penyokong Santiago Bernabeu bersatu di belakang Real Madrid apabila pemimpin LaLiga itu berhasrat untuk mengembalikan prestasi terbaik dalam aksi menentang Real Sociedad, awal pagi ini.
Penyokong Real semakin menyuarakan rasa tidak puas hati sejak kebelakangan ini, dengan pemenang empat kali Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo, antara pemain yang dipersalahkan, selepas skuad itu hanya mengutip satu kemenangan daripada lima perlawanan dalam pelbagai pertandingan.
Dengan rekod 40 perlawanan tanpa kalah di Sepanyol berakhir, kemerosotan prestasi terus melanda Real apabila seri 2-2 di Celta Vigo -- yang membawa penyingkiran dalam suku akhir Copa del Rey.
Skuad Zinedine Zidane kini hanya berkelebihan satu mata di depan Sevilla dan dua mata di depan Barcelona dalam liga, bermakna mereka benar-benar mengharapkan keputusan positif dalam pertemuan awal pagi nanti.
"Paling penting, kami mahu peminat menyokong dalam usaha membantu menjadikan kami pasukan yang lebih baik.
"Saya yakin kalau kami bersama-sama, kami boleh memenangi LaLiga," kata Ramos, selepas membuat rayuan sama setelah menjaringkan kedua-dua gol ketika menang 2-1 ke atas Malaga, Sabtu lalu.
"Ia akan menjadi perlawanan mencabar apabila menentang lawan yang sangat sukar, yang bermain dengan baik musim ini, yang layak menghampiri kelompok atas liga."
Lucas Vazquez menjaringkan gol 'sia-sia' di Celta pada pertengahan minggu lalu dan pemain sayap berusia 25 tahun berkenaan berkongsi sentimen sama dengan kapten itu.
"Bermain di hadapan penyokong sendiri sentiasa memberikan kami 'gear tambahan' kerana setiap kali mereka memuji, ia akan mendorong kami ke arah lebih baik," kata Lucas.
"Dengan kami semua bersama-sama, ia menolak ke arah yang sama, maka saya yakin bahawa kami boleh mencapai sesuatu yang hebat."