Pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, berkata dia tidak akan sempat pulih sepenuhnya untuk aksi pertama Copa del Rey berdepan Sevilla di Santiago Bernabeu.
Kapten pasukan itu bergelut dengan kecederaan otot yang dialaminya ketika saingan Piala Dunia Kelab bulan lalu dan menjalani latihan bersaingan daripada skuad utama.
Ramos mengesahkan dalam satu acara amal bahawa dia tidak akan dapat beraksi dalam perlawanan pertama berdepan skuad kendalian Jorge Sampaoli dalam aksi kalah mati pada Rabu.
"Saya tidak akan dapat beraksi dalam perlawanan pertama," jelas Ramos.
Nacho dijangka akan mengisi kekosongan Ramos dalam skuad bimbingan Zinedine Zidane yang mencari kemenangan bergaya sebagai permulaan musim 2017.
Ramos mungkin akan direhatkan bagi perlawanan berdepan Granada pada Sabtu tetapi berharap dia akan cergas sepenuhnya bagi aksi kedua berdepan Sevilla pada 12 Januari.