Luis Enrique berkata Ivan Rakitic masih lagi merupakan tonggak penting Barcelona dan tidak mustahil akan menawarkan kontrak baru kepadanya.
Pemain antarabangsa Croatia itu terus dikaitkan akan berhijrah dari Nou Camp sejak dipinggirkan selepas aksi seri 1-1 dengan Real Madrid, Disember lalu.
Rakitic, yang kontraknya bakal berakhir pada 2019, sejak akhir-akhir ini sering dikaitkan ke Manchester City.
Namun, ketika diwawancara oleh France Football minggu ini, dia menekankan dia masih setia dengan Luis Enrique dengan berkata: "Jika saya perlu terjun dari jambatan demi dia, saya akan melakukannya tanpa ragu-ragu."
"Rakitic masih lagi pemain utama -- dia sentiasa begitu dan akan kekal begitu. Tiada apa yang boleh diperkatakan mengenai rundingan kontrak baru. Saya juga tidak bercakap mengenai kontrak saya juga," jelas Enrique.
"Apa yang mustahak dalam aspek kesukanan, semua pemain boleh diturunkan. Apa yang saya tuntut adalah mereka dalam keadaan bersiap sedia apabila diberikan peluang."
Dalam masa yang sama, Enrique tetap mempertahankan kelibat Neymar yang baru menamatkan kemarau jaringannya sejak 19 Oktober lalu menerusi jaringan ke atas Athletic Bilbao dalam kemenangan 3-1 dalam pusingan 16 saingan Copa del Rey, minggu lalu.
"Dia menawarkan kepada pasukan lebih daripada sekadar gol. Dia mengharungi musim ini dengan baik."
Barca akan meneruskan aksi mempertahankan kejuaraan Copa mereka bertemu Real Sociedad di peringkat suku akhir pertama, awal pagi esok -- skuad Catalan itu tidak pernah mencatatkan kemenangan di Anoeta dalam sembilan pertemuan sejak Mei 2007.
"Mereka berada di tahap terbaik, permainan mereka tersusun dan sangat berbahaya jika diberikan ruang. Eusebio Sacristan melaksanakan tugasnya dengan cemerlang dan mereka akan memberi kesukaran kepada kami.
"Saya harap perlawanan ini tidak berlangsung seperti aksi liga, pasukan yang berhak akan mencapai kemenangan.
"Saya harap kami dapat mengatasi segala tekanan ke atas mereka, ia sesuatu yang mereka lakukan dengan gigih.
"Kemenangan adalah penting, tetapi ia bukan perkara utama," tambah Enrique.