Skip to main content

Bola Sepak

Rakitic demam sehari sebelum menentang England

rakitic_2.jpg
Ivan Rakitic mendedahkan dia dilanda demam sehari menjelang kemenangan 2-1 Croatia ke atas England dalam separuh akhir Piala Dunia Russia, awal pagi tadi. 

Tonggak tengah Barcelona berkenaan menjadi nadi di samping Luka Modric untuk Croatia mara ke final buat kali pertama selepas bangkit daripada ketinggalan dalam  babak pertama untuk mencatat kemenangan hasil gol sumbangan Mario Mandzukic dalam masa tambahan. 

Kehilangan pemain berusia 30 tahun itu pasti menjadi tamparan hebat buat Croatia yang dibimbing Zlatko Dalic, begitupun bekas pemain Sevilla dan Schalke itu berkata dia akan melakukan apa sahaja untuk beraksi. 

"Malam tadi saya demam, suhunya mencecah 39 darjah," katanya.

"Saya berbaring di atas katil mencari kekuatan untuk bermain dan ia berhasil. Saya akan beraksi dalam perlawanan akhir tanpa kaki jika perlu."

Rakitic menambah  tumpuan berlebihan di media sosial yang terarah kepada England membuatkan Croatia tenggelam dan ia memberi inspirasi kepada mereka untuk menang.

"Mereka fikir mereka sudah berada dalam perlawanan akhir berdasarkan semua perkara yang dimuatkan di rangkaian (media sosial)," katanya.

"Mereka boleh terus melakukan sesuatu dan kami akan bermain pada Ahad ini."

Croatia akan berhitung dengan Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia, Ahad ini, yang turut mengimbau pertemuan edisi 1998 apabila Les Bleus menang 2-1.

Advertisement

Must Watch Video