Ramai bekas pemain bola sepak negara memilih untuk menjadi jurulatih atau pengulas tetapi buat bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, K. Rajagobal, dia lebih memilih untuk mencurahkan kisah dan pengalamannya dalam bentuk penulisan buku.
Buku biografi, Inilah Saya, sedia untuk dimiliki rakyat Malaysia selepas pelancarannya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.
Bagi bekas pengendali skuad kebangsaan Brunei itu, nukilan dihasilkannya itu diharap dapat membuka pintu untuk lebih ramai bekas atlet dan jurulatih di negara ini untuk berkongsi 'the untold story' kepada khalayak ramai mengenai perjalanan karier mereka menerusi penulisan.
"Buku ini bukan hanya tentang saya, ia mungkin akan menjadi permulaan untuk legenda-legenda lain, memang mereka kena tulis, bukan sahaja bekas pemain bola sepak tetapi juga semua bekas atlet dalam negara," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rauf.
"Saya harap ia akan menjadi platform permulaan buat mereka di luar sana kerana kita perlu ada rujukan dalam bentuk bacaan.
"Contohnya, kalau kita nak tahu mengenai legenda terdahulu, Datuk R. Arumugam (bekas penjaga gol negara) misalnya, kita tiada buku mengenainya. Hanya rakan rapatnya sahaja yang tahu. Kita mahu tahu perjalanan hidupnya sehingga menjadi penjaga gol terbaik di Malaysia," katanya.