Ibu Adrien Rabiot menyelar Paris Saint-Germain (PSG) dengan mendakwa pemain itu seperti "banduan" gergasi Ligue 1 itu.
Rabiot telah diketepikan daripada skuad PSG sejak pertengahan Disember lalu selepas gagal mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak baru, dengan pemain tengah Perancis itu dilaporkan bakal berhijrah menyertai beberapa gergasi Eropah seperti Tottenham, Barcelona, Bayern Munich atau Arsenal.
Pemain berusia 23 tahun itu turut dikritik Pengarah Sukan PSG, Antero Henrique, kerana memasuki sebuah kelab malam selepas PSG disingkirkan Manchester United dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL).
Ibu Rabiot, Veronique, tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan kepada anaknya oleh PSG.
"Saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini atau menjatuhkan lagi semangat Rabiot," katanya. "Kami hanya bercakap perkara yang benar. Saya hanya boleh meluahkan perkara yang tidak seharusnya berlaku kepada anak saya.
"Rabiot seperti banduan. Dia kini seperti tebusan PSG. Perkara ini tidak seharusnya berlaku.
"Rabiot menjalani latihan tetapi saya enggan mendedahkan di mana, bersama siapa dan bagaimana. Tetapi dia mengekalkan tahap kecergasannya. Pemain seperti Rabiot, yang tidak mengalami kecederaan, tidak boleh berehat lebih daripada 13 hari tanpa sebarang aktiviti sukan.
"Ya, saya menerima bahawa Rabiot bersalah kerana dilihat berada dalam kelab malam selepas PSG tersingkir daripada UCL tetapi itu adalah hal peribadinya.
"Rabiot tidak seharusnya diketepikan kerana dia memiliki masa depan yang cerah."