Presiden Russia, Vladimir Putin, telah memberikan tuan rumah Piala Dunia motivasi tambahan menjelang aksi suku akhir berdepan Croatia, kata jurulatih, Stanislav Cherchesov.
Ia merupakan satu kejutan dalam pusingan 16 ketika Russia mengecewakan juara dunia 2010, Sepanyol, hasil kecemerlangan penjaga gol, Igor Akinfeev, dalam penentuan sepakan penalti.
Tiada apa yang diharapkan daripada Russia dalam kejohanan kali ini selepas mereka tersingkir dalam Euro 2016 dan Piala Dunia 2014 tanpa sebarang kemenangan.
Bagaimanapun, Russia mengubah nasib mereka dan mengharungi saingan kali ini dan bersaing dalam suku akhir di Stadium Fisht di Sochi.
"Kritikan adalah sesuatu yang baik sebenarnya. Saya percaya ia membuka mata dan telinga pemain-pemain tetapi kritikan kurang menyenangkan," kata Cherchesov.
"Putin bercakap dengan saya selepas perlawanan berdepan Sepanyol. Apabila Presiden menghubungi anda, ia melonjakkan motivasi pasukan," ujarnya.
Persembahan cemerlang Russia berterusan sejak mereka layak daripada Kumpulan A, seterusnya menyingkirkan Sepanyol tetapi Cherchesov –- yang masih tidak pasti sama ada Alan Dzagoev dapat diturunkan selepas mengalami kecederaan dalam peralwanan pembukaan -- kekal diketepikan sementara Croatia dilihat sebagai pasukan "kuda hitam" untuk memenangi Piala Dunia.
"Kami memiliki misi dan sasaran. Kami mahu mencipta sesuatu dalam perlawanan ini."