Bersempena Hari Raya Aidiladha, pelbagai kisah pengorbanan diceritakan, tidak lupa kepada bekas pemain Kedah, Azmeer Yusof, yang turut berkongsi nilai murni tersebut.
Atas erti persahabatan, pertahanan kental itu sanggup memberi laluan dan mencipta peluang buat sahabatnya yang juga ingin diturunkan membantu pasukan.
Berbekalkan pengalaman yang dimiliki, Azmeer menjadi sandaran utama Sang Kenari mengekang asakan lawan dalam masa sama mahukan Shafizan Hashim merasai momen berharga itu.
Niatnya hanyalah satu, pemain berusia 34 tahun itu mahu membalas budi kepada Shafizan yang banyak membantu meningkatkan prestasinya sebelum ini.
"Teringat pengorbanan kami kepada Shafizan atau dikenali sebagai Pelam.
"Pada tahun 2016, saya ditakdirkan Allah untuk selalu dipilih oleh ketua jurulatih waktu itu, Tan Cheng Hoe, sebagai pemain kesebelasan utama di posisi pertahanan kiri. Pemain simpanan ketika itu ialah Pelam.
"Perlawanan demi perlawanan Pelam kerap menjadi pemain simpanan waktu itu. Bukan kerana saya bagus, tapi hanya kerana Allah mengizinkan saya bermain, itu sahaja.
"Malah, setiap persembahan yang saya mainkan semuanya hasil daripada tunjuk ajar Pelam.
"Ketika sedang mendahului permainan dan memasuki minit ke-60, saya mengambil keputusan untuk berpura-pura mengalami kecederaan dan menunjukkan isyarat tangan untuk direhatkan.
"Ini kerana saya ingin bagi peluang Pelam beraksi depan penyokong setia Hijau Kuning di Stadium Darulaman," katanya di Facebook.
Tetapi tanggapannya tersasar tatkala Cheng Hoe memasukkan bekas bek Harimau Malaya, Sabre Mat Abu, menggantikan dirinya.
Namun, Azmeer mendapat satu idea untuk berbuat sesuatu bagi melihat Shafizan beraksi juga.
Komunikasi bersama Arif Farhan Md Isa membuahkan hasil dengan meminta Ariff melakukan perkara sama.
"Pemain-pemain Kedah semuanya berbangga dan bertepuk tangan untuk Pelam.
"Inilah sedikit pengorbanan kami kepada Pelam," tambahnya.