Berita menggembirakan buat peminat sukan permotoran tanah air apabila siaran langsung MotoGP kini kembali bersiaran di Astro!
Perkembangan permotoran kembali menghangatkan peminat sukan permotoran apabila Astro menyiarkan rancangan MotoGP bagi musim 20206.
Advertisement
Bermula di perlumbaan Grand Prix Sepanyol, sekali gus menandakan kembalinya liputan penuh ke platform televisyen tempatan.
Lebih menarik, kesemua sesi perlumbaan akan disiarkan secara langsung, termasuk:
i) Latihan bebas
ii) Sesi kelayakan
iii) Sprint Race
iv) Perlumbaan utama
Peminat boleh menyaksikan aksi ini menerusi Astro Grandstand (CH810) dan Astro Sports Plus (CH817).
Langkah ini juga berpotensi memberi impak lebih besar kepada perkembangan sukan permotoran di Malaysia, terutama dengan minat yang semakin meningkat terhadap pelumba tempatan di pentas antarabangsa.
Dengan liputan lebih meluas dan mudah diakses, MotoGP dijangka kembali menjadi antara kandungan sukan paling mendapat perhatian di kaca televisyen.
Dengan musim yang semakin sengit, serta liputan penuh bermula di GP Sepanyol, peminat kini boleh kembali menikmati deruman enjin dan aksi mendebarkan -- secara langsung dari ruang tamu anda!